Versi: Bahasa Malaysia | English
Home | Pengenalan | Koleksi | Katalog Pendeta | Portal interaktif | digital@UM | Tanya Kami! | Soalan Lazim | Blog
Maklumat Umum | Perpustakaan Utama | Perpustakaan Perubatan T.J. Danaraj | Perpustakaan Undang-Undang Tan Sri Professor Ahmad Ibrahim | Perpustakaan Peringatan Za'ba | Perpustakaan Bahasa dan Linguistik | Perpustakaan Kejuruteraan | Perpustakaan Pergigian | Perpustakaan Alambina | Perpustakaan Pengajian Islam | Perpustakaan Pengajian Asia Timur | Perpustakaan Pengajian India | Perpustakaan Kampus Kota | Perpustakaan Pengajian Melayu | Perpustakaan Pengajian Islam, Nilam Puri, Kelantan |
Pengenalan | Koleksi | Perkhidmatan |
Sejak ditubuhkan pada tahun 1959, Perpustakaan telah mula mengumpul bahan undang-undang yang merupakan sebahagian daripada koleksi umum. Sebaik sahaja Fakulti Undang-Undang ditubuhkan pada tahun 1972, koleksi undang-undang telah dipindahkan ke bangunan baru Perpustakaan yang didirikan bersebelahan dengan Fakulti Undang-Undang. Pada 18 Jun 1999, perpustakaan ini telah dinamakan Perpustakaan Undang-Undang Tan Sri Profesor Ahmad Ibrahim dengan tujuan mengiktiraf sumbangan Prof Ahmad Ibrahim kepada Fakulti Undang-Undang dan Perpustakaan Universiti Malaya.
Pada masa ini koleksi di Perpustakaan Undang-Undang adalah yang terbesar di Malaysia. Koleksi ini telah menjangkau lebih dari 100,000 naskah dan terdiri daripada sumber undang-undang utama dan sekunder dari beberapa negara Komanwel dan Amerika Syarikat. Dalam keadaan seperti ini, koleksinya dibahagi dan disusun mengikut jenis dan liputan seperti Malaysiana, Rujukan, Statut, Laporan Undang-Undang, Undang-Undang Antarabangsa, Buku Teks, Penerbitan Rasmi, Audio-Visual, Teras Akademik dan sebagainya. Kesemua bahan ini ditempatkan di empat aras Perpustakaan. Selain bahan bercetak, Perpustakaan turut melanggan sumber elektronik yang boleh dicapai melalui portal interaktif Perpustakaan. Sumber elektronik terdiri daripada pangkalan data teks penuh Lawnet, CLJ Law, Lexis com Research System, Lexis-Nexis Academic Universe, Penerbitan Hart e-book, Index to Legal Periodicals dan juga koleksi terpilih dari Blackwell Synergy, Cambridge Online, Taylor & Francis, Proquest, InfoTrac, Kluwer Online, Project MUSE, Springer Link dan banyak lagi.
Perkhidmatan rujukan dan maklumat dikendalikan oleh staf profesional untuk tenaga pengajar dan pelajar Fakulti Undang-Undang, pendidik dan penyelidik dari universiti tempatan dan luar Negara, pengamal undang-undang serta badan kehakiman. Pustakawan sedia melayan pertanyaan yang diterima melalui telefon, faksimili, mel, emel dan secara persendirian.
Perkhidmatan Pembekalan Dokumen untuk mendapatkan salinan artikel, kes, warta kerajaan dan dokumen lain juga ditawarkan kepada ahli dan bukan ahli pada kadar bayaran yang telah ditetapkan.
Warta Persekutuan dan Negeri yang merupakan sumber undang-undang utama sentiasa dikemaskini seiring dengan pindaan yang dibuat di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
Hakcipta Terpelihara © 2006 Perpustakaan Universiti Malaya; Contact Us