Pinjaman antara perpustakaan merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Perpustakaan bagi mendapatkan buku yang anda perlukan tetapi tiada dalam koleksi Perpustakaan UM. Perkhidmatan ini disediakan untuk staf akademik dan pelajar pasca ijazah UM. Perpustakaan akan berusaha mendapatkan bahan ini daripada lain-lain Perpustakaan.
Perkhidmatan ini hanya untuk staf akademik dan pelajar pasca ijazah. Permohonan boleh dibuat dengan mengisikan borang yang didapati dari Interaktif Web Portal.
Staf dan pelajar pasca ijazah Universiti Malaya boleh meminjam buku dari Perpustakaan yang mengambil bahagian dalam PERPUN dengan menggunakan borang SPP (Sistem Pembekalan Penerbitan) yang boleh didapati dari Bahagian Perkhidmatan Pelanggan.