Bahan rujukan untuk sesuatu kursus ditempatkan di Koleksi Teras Akademik berhampiran Kaunter Perkhidmatan. Koleksi ini disediakan untuk semua pelajar yang mengambil kursus yang berkenaan. Sila ke Kaunter Perkhidmatan bagi meminjam bahan yang dikehendaki.
Terdapat berbagai cara untuk mendapatkan bahan daripada Internet. Cara yang paling mudah ialah dengan menggunakan enjin gelintar (search engine) sedia ada seperti google scholar, yahoo dsb.
Semak sama ada anda di rak yang betul. Sekiranya anda di rak yang betul, pastikan anda di lokasi yang tepat. Buku dirak disusun mengikut nombor panggilan serta mengikut abjad. Lihat juga di rak yang berhampiran kerana ada kemungkinan ianya tidak diletakkan di tempat yang sepatutnya.
Terdapat juga kemungkinan buku berada di rak menyusun atau pelajar lain sedang menggunakannya di dalam Perpustakaan.
Sekiranya semua usaha anda gagal, dapatkan bantuan dan nasihat dari Pustakawan Rujukan yang bertugas