Versi: Bahasa Malaysia | English PETA LAMAN | VERSI MUDAH ALIH
Login Portal interaktif untuk sumber elektronik dan perkhidmatan on-line Masukkan barkod perpustakaan anda dan tekan butang Login.   Bahasa Malaysia English | Bantuan
Daily routine of UM Library catalogers, 1959 in UM Memory 5th International Conference on Libraries, Information and Society (ICOLIS2014)
Jurnal, buku elektronik, perkhidmatan on-line
Cari lebih 1 juta rekod bahan bercetak: Tutorial | Pembaharuan Pinjaman
Lawati Blog Perpustakaan!
Soalan Lazim

Sesi Kemahiran Maklumat
Untuk Ijazah Tinggi

Strategi pencarian maklumat yang efektif.
Jadual | Daftar
Pautan Cepat

Soalan LazimPerolehan Bahan

  1. Apakah peranan Pustakawan Penghubung?
  2. Bagaimana saya hendak mencadangkan buku baru untuk dibeli oleh Perpustakaan?
  3. Berapa lamakah tempoh pesanan yang diambil bagi permohonan pembelian buku?
  4. Bagaimana status buku yang dipesan dapat disemak?
  5. Adakah Perpustakaan mengedarkan senarai buku yang baru dikatalog?
  6. Saya seorang penyelidik. Bagaimana saya boleh membeli buku yang diperlukan dengan menggunakan peruntukan geran penyelidikan saya?
  7. Sekiranya saya telah membeli buku untuk digunakan dalam pengajaran dan penyelidikan menggunakan perbelanjaan sendiri, bolehkah saya membuat tuntutan pembelian?
  8. Bagaimana permohonan langganan jurnal boleh dibuat?
  9. Mengapa Perpustakaan tidak mempunyai tajuk yang saya perlukan? Ianya merupakan bahan asas dalam bidang saya.
  10. Bolehkah Perpustakaan menggantikan buku yang hilang atau rosak?
  11. Saya hendak menghadiahkan buku kepada Perpustakaan. Bagaimanakah caranya?
  12. Saya telah menghadiahkan buku kepada Perpustakaan, di manakah ia berada?
  1. Apakah peranan Pustakawan Penghubung?

    Pustakawan Penghubung bekerjasama dengan pensyarah dan tenaga akademik di Akademi/Fakulti/Jabatan/Pusat bagi membantu mengenalpasti sumber rujukan dan bacaan yang diperlukan untuk pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.



  2. Bagaimana saya hendak mencadangkan buku baru untuk dibeli oleh Perpustakaan?

    Sebelum anda membuat cadangan untuk pembelian buku baru, sila semak Pendeta Discovery. Buku tersebut mungkin telah ada di Perpustakaan, atau mungkin dalam proses pesanan. Majukan cadangan anda kepada Pustakawan Penghubung untuk Akademi/Fakulti/Jabatan/Pusat anda.

    Pada dasarnya, cadangan dan pemilihan perolehan bahan untuk koleksi Perpustakaan hanya dibuat oleh pihak Akademi/Fakulti/Jabatan/Pusat dan Pustakawan. Walaupun begitu, sesiapa jua boleh mengemukakan cadangan pembelian, namun ianya tertakluk kepada pengesahan dan persetujuan pihak Akademi/Fakulti/Jabatan/Pusat atau Pustakawan.



  3. Berapa lamakah tempoh pesanan yang diambil bagi permohonan pembelian buku?

    Agak sukar untuk menjangkakan tempoh sebenar perolehan sesuatu bahan. Tajuk yang diperlukan dengan segera dan terbitan tempatan mungkin boleh diperolehi dalam tempoh satu hingga 2 minggu; yang lainnya mungkin mengambil masa sehingga 6 bulan terutama sekali terbitan luar negara.

    Untuk makluman, sebaik buku diperolehi, ia juga akan mengambil masa sekurang-kurangnya satu minggu untuk proses pengkatalogan sebelum ianya boleh dipinjam.



  4. Bagaimana status buku yang dipesan dapat disemak?

    Anda boleh menyemak Pendeta Discovery bagi mengetahui status pesanan anda.



  5. Adakah Perpustakaan mengedarkan senarai buku yang baru dikatalog?

    Senarai buku yang baru diperolehi dan siap dikatalog dipaparkan melalui What's New dalam Pendeta Discovery.



  6. Saya seorang penyelidik. Bagaimana saya boleh membeli buku yang diperlukan dengan menggunakan peruntukan geran penyelidikan saya?

    Rujuk kepada prosedur dan isikan borang yang boleh didapati dari laman utama Perpustakaan UM.

    1. Lihat Perkhidmatan Perpustakaan; Borang Perkhidmatan; Borang Permohonan Pembelian Buku Menggunakan Peruntukan IRPA dan PJP (Vot F)


  7. Sekiranya saya telah membeli buku untuk digunakan dalam pengajaran dan penyelidikan menggunakan perbelanjaan sendiri, bolehkah saya membuat tuntutan pembelian?

    Ya, anda boleh membuat tuntutan pembelian. Buku tersebut mesti diserahkan kepada Perpustakaan terlebih dahulu. Tuntutan pembelian boleh dibuat melalui Bahagian Perolehan Perpustakaan dengan disertakan bersama buku dan resit pembelian yang sah.



  8. Bagaimana permohonan langganan jurnal boleh dibuat?

    Semak Pendeta Discovery bagi memastikan tajuk tersebut tiada dalam koleksi Perpustakaan. Ambil maklum juga, kebanyakan jurnal telah ada dalam format elektronik yang boleh diakses melalui Interaktif Web Portal.

    Permohonan langganan jurnal memerlukan proses penilaian yang teliti kerana setelah dilanggan ia memerlukan komitmen yang berterusan dari sumber peruntukan kewangan Perpustakaan.



  9. Mengapa Perpustakaan tidak mempunyai tajuk yang saya perlukan? Ianya merupakan bahan asas dalam bidang saya.

    Sebahagian besar dari koleksi sedia ada merupakan keperluan kurikulum tahun kebelakangan. Bagi membina koleksi yang relevan dengan keperluan semasa kami memerlukan kerjasama dan kepakaran warga fakulti bagi membantu Perpustakaan mengenalpasti bidang yang memerlukan penambahbaikan, serta apa yang perlu dikeluarkan dari koleksi. Sila kongsi kepakaran anda dengan Pustakawan Penghubung yang berkenaan dan bersama-sama kita mengekalkan seterusnya membangunkan koleksi yang menyokong pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di Universiti.



  10. Bolehkah Perpustakaan menggantikan buku yang hilang atau rosak?

    Perpustakaan berusaha menggantikan buku yang hilang atau rosak - bergantung kepada peruntukan Perpustakaan dan ketersediaan buku berkenaan di pasaran (kebanyakan daripadanya telah habis cetak)



  11. Saya hendak menghadiahkan buku kepada Perpustakaan. Bagaimanakah caranya?

    Perpustakaan mengalu-alukan hadiah buku, jurnal dan lain-lain bahan dalam pelbagai format, termasuk hadiah berupa wang untuk pembelian bahan Perpustakaan. Pustakawan akan membuat penilaian ke atas bahan yang dihadiahkan sebelum bahan dimasukkan ke dalam koleksi Perpustakaan. Sesiapa yang berhasrat memberi hadiah boleh berhubung dengan Ketua, Bahagian Perolehan Perpustakaan.



  12. Saya telah menghadiahkan buku kepada Perpustakaan, di manakah ia berada?

    Semak Pendeta Discovery. Sekiranya tiada, hubungi Bahagian Perolehan Perpustakaan.

s.gif (49 bytes)


SHARE WITH OTHERS

s.gif (49 bytes)

s.gif (49 bytes)