Versi: Bahasa Malaysia | English Peta Laman | Mengenai Laman | Laman Teks Sahaja
Login Portal interaktif untuk sumber elektronik dan perkhidmatan on-line Masukkan barkod perpustakaan anda dan tekan butang Login.   Bahasa Malaysia English | Bantuan
Jurnal, buku elektronik, perkhidmatan on-line
Cari lebih 1 juta rekod bahan bercetak: Tutorial | Pembaharuan Pinjaman
Lawati Blog Perpustakaan!
Perkhidmatan Perpustakaan

Sesi Kemahiran Maklumat
Untuk Ijazah Tinggi

Strategi pencarian maklumat yang efektif.
Jadual | Daftar
Pautan Cepat

Perkhidmatan PerpustakaanPerkhidmatan Akademik dan Penyelidikan

  1. Pengenalan

    Perkhidmatan rujukan dan maklumat disediakan oleh semua perpustakaan yang terdapat di dalam sistem. Pertanyaan boleh diajukan secara peribadi, melalui panggilan telefon, faksimili dan melalui mel elektronik.



  2. Perkhidmatan Pencarian Maklumat

    Perpustakaan telah melanggan sejumlah pangkalan data atas talian, baik tempatan mahupun antarabangsa, seperti yang boleh didapati daripada DIALOG, NSTP-Online, SIRIMLINK dan PALMOLIS. Pencarian atas talian boleh disediakan untuk staf, badan korporat atau orang persendirian dengan membuat pembayaran kos carian. Perpustakaan juga melanggan sejumlah pangkalan data CD-ROM. Penggunaan perkhidmatan ini adalah percuma bagi semua ahli yang berdaftar. Pencarian bahan juga boleh dilakukan atas permintaan dengan bayaran



  3. Library Orientation Programmes

    Program ini dijalankan pada permulaan setiap semester baru, dimana pelajar baru diberi taklimat tentang perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan oleh perpustakaan berserta syarat-syarat dan peraturan penggunaan, diikuti lawatan di dalam perpustakaan. Mahasiswa baru perlu mendaftar untuk menduduki Kursus Kemahiran Maklumat (GXEX 1401) di mana ia merupakan subjek wajib universiti yang membawa satu jam kredit. Pelajar dari fakulti-fakulti Sastera dan Sains Sosial akan mengikuti kursus tersebut di semester 1, sementara pelajar dari fakulti-fakulti Sains dan Teknologi akan mengikuti kursus tersebut di semester 2.



  4. Program Kemahiran Maklumat

    Selain daripada sesi yang disediakan untuk mahasiswa baru, perpustakaan juga menawarkan Program Kemahiran Maklumat untuk mahasiswa tahun akhir dan pasca-siswazah. Program-program ini tidak hanya terhenti di peringkat OPAC, tetapi lebih bertujuan untuk menanam pembelajaran kemahiran maklumat secara sendiri. Pelajar diajar strategi pencarian maklumat untuk mendapatkan bahan daripada sumber-sumber cetak dan elektronik seperti CD-ROM dan pangkalan data atas talian, termasuk kemahiran penilaian bahan.

s.gif (49 bytes)