|
Buku rak terbuka boleh dipinjam oleh semua ahli berdaftar tertakluk kepada polisi sirkulasi perpustakaan. Bahan rujukan, jurnal dan koleksi terhad pula, hanya boleh dirujuk di dalam perpustakaan. Kaunter Perkhidmatan menyediakan perkhidmatan pinjaman, pemulangan, pembaharuan dan tempahan bahan.
Buku rak terbuka, Koleksi Teras Akademik dan buku bacaan bebas dipinjam di kaunter perkhidmatan.
| Kategori Keahlian |
Buku Rak Terbuka |
Koleksi Teras Akademik |
Koleksi Bacaan Bebas |
Denda Lewat Pemulangan |
| Staf |
| Staf Akademik (sepenuh masa/sementara) |
50 bahan/90 hari |
1 bahan/3 hari |
2 bahan / 14 hari |
20 sen satu hari (buku rak terbuka)
50 sen satu hari (buku koleksi teras akademik) |
| Staf Akademik (kontrak) |
25 bahan/90 hari |
-do- |
-do- |
-do- |
| Pegawai UM |
25 bahan/90 hari |
-do- |
-do- |
-do- |
| Staf sokongan am |
4 bahan/14 hari |
-do- |
-do- |
-do- |
| Pelajar |
| Ijazah dasar |
10 bahan/14 hari |
1 bahan/3 hari |
2 bahan/14 hari |
10 sen satu hari (buku rak terbuka)
50 sen satu jam (buku koleksi teras akademik) |
| Ijazah dasar (tahun akhir) |
15 bahan/14 hari |
-do |
-do- |
-do- |
| Diploma |
10 bahan/14 hari |
-do- |
-do- |
-do- |
| Pasca Siswazah |
20 bahan/30 hari |
-do- |
-do- |
-do- |
| Ahli luar |
| Alumni/Non-Alumni |
2 atau 4 bahan/14 hari |
1 bahan / 3 hari |
2 bahan/ 14 hari |
20 sen satu hari (buku rak terbuka)
50 sen satu jam (buku koleksi teras akademik) |
| Professor Emeritus (UM) |
20 bahan/90 hari |
-do- |
-do- |
-do- |
| Pesara UM |
4 bahan/30 hari |
-do- |
-do- |
-do- |

- Ahli yang ingin membuat pinjaman bahan harus menunjukkan kad kampus atau kad keahlian di kaunter perkhidmatan atau menggunakan mesin layan diri.
- Peminjam tidak dibenarkan meminjam atau memperbaharui peminjaman mewakili ahli perpustakaan yang lain.

Semua koleksi rak terbuka kecuali Koleksi Bacaan Bebas dan Koleksi Teras Akademik boleh diperbaharui sebanyak 3 kali kecuali bahan telah ditempah oleh pengguna lain.
- Lihat Tutorial; Pembaharuan Pinjaman Bahan Online; Terma dan Syarat

Buku yang telah dipinjam oleh orang lain boleh ditempah. Tempahan boleh dilakukan di Kaunter Perkhidmatan.

Sekiranya buku yang dicari tidak ditemui dan tidak dipinjam oleh orang lain, bantuan daripada staf di Meja Rujukan boleh diperolehi. Untuk mendapatkan perkhidmatan ini, kad berwarna hijau perlu diisi. Carian buku akan dilakukan dalam masa 3 hari. Pengguna akan dimaklumkan apabila bahan telah ditemui atau carian telah dilakukan.

Seperti yang dipaparkan di atas.

Bahan yang hilang atau tidak dipulangkan pada tarikh luput keahlian merupakan tanggungjawab ahli. Ahli dikehendaki mengganti atau menggandakan harga penggantian (berdasarkan harga pasaran terkini bagi buku yang hilang) atau membayar RM50 caj minima bagi buku tempatan dan RM120 bagi buku terbitan luar negara atau mana-mana yang lebih tinggi.
|