Versi: Bahasa Malaysia | English PETA LAMAN | VERSI MUDAH ALIH
Login Portal interaktif untuk sumber elektronik dan perkhidmatan on-line Masukkan barkod perpustakaan anda dan tekan butang Login.   Bahasa Malaysia English | Bantuan
Bangunan Baktisiswa, 1970s in UM Memory 5th International Conference on Libraries, Information and Society (ICOLIS2014)
Jurnal, buku elektronik, perkhidmatan on-line
Cari lebih 1 juta rekod bahan bercetak: Tutorial | Pembaharuan Pinjaman
Lawati Blog Perpustakaan!
Perkhidmatan Perpustakaan

Sesi Kemahiran Maklumat
Untuk Ijazah Tinggi

Strategi pencarian maklumat yang efektif.
Jadual | Daftar
Pautan Cepat

Perkhidmatan PerpustakaanKemudahan

  1. Makmal Komputer

    Perpustakaan Universiti Malaya mempunyai 5 buah makmal yang menyediakan komputer dengan kemudahan internet untuk kegunaan mahasiswa (Makmal A dan D), pasca-siswazah dan kegunaan penyelidikan (Makmal B dan C) serta makmal untuk pelajar kurang upaya (Makmal S).



  2. Bilik Perbincangan

    Pengguna perpustakaan yang berdaftar boleh menggunakan 3 bilik perbincangan yang terdapat di perpustakaan . Ianya perlu di tempah di kaunter perkhidmatan. 3 hingga 8 orang boleh berada dalam satu kumpulan dan bilik perbincangan boleh di tempah untuk tiga jam.



  3. Karel

    Terdapat 55 karel untuk kegunaan pelajar kurang upaya dan pelajar pasca ijazah. Kesemua pelajar kurang upaya di peruntukan satu karel sehingga tamat tempoh pengajian mereka. Bagi pelajar pasca ijazah ianya adalah untuk kegunaan harian.



  4. Fotokopi

    Perkhidmatan fortokopi di berikan oleh pihak swasta. Anda boleh membeli kad yang di bekalkan oleh vendor dan fotokopi sendiri atau mendapat perkhidmatan dari kakitangan syarikat swasta yang bertanggungjawab terhadap perkhidmatan fotokopi.



  5. Loker

    Kemudahan loker disediakan untuk penyewaan harian. Kesemua loker terletak di bilik berhampiran pintu masuk utama perpustakaan. Terdapat 2 jenis loker untuk disewa:

    1. Loker Tidak Berkunci
    2. Loker Sewaan Harian (RM 0.50 sekali penggunaan)



  6. Perkhidmatan Rujukan

    Jika anda ada sebarang kemushkilan Pustakawan yang di tempatkan di meja rujukan akan membantu anda untuk menyelesaikannya.



  7. Pendeta WebPAC

    Pendeta Discovery merupakan Katalog Integrasi Perpustakaan yang membolehkan pengguna :

    1. Membuat pencarian pelbagai jenis bahan yang berada di dalam koleksi perpustakaan.
    2. Melihat/ Memperbaharui status bahan yang telah dipinjam oleh pengguna, status akaun pengguna dan juga membuat pembatalan bahan melalui 'my Account'.



  8. Katalog iMalaysiana

    Katalog iMalaysiana merupakan Katalog Perpustakaan yang mengandungi maklumat mengenai artikel jurnal, kertas persidangan, bab-bab buku dan perundangan Malaysia. Ia hanya mengandungi bahan Malaysiana yang ditulis oleh penulis Malaysia atau diterbitkan di Malaysia serta bahan berkaitan dengan Malaysia.



  9. Akses luar ke sumber perpustakaan

    Akses kepada pangkalan data adalah terhad kepada pelajar, staf dan pengguna berdaftar Perpustakaan Universiti Malaya. Nombor barkod yang diberikan kepada pengguna berserta kata laluan adalah hanya untuk kegunaan seseorang pengguna. Adalah menjadi kesalahan untuk menyebarkan nombor barkod dan kata laluan kepada orang lain. Pengunaan setiap sumber atas talian adalah dikawal oleh syarat-syarat Perjanjian Perlesenan dan Akta Hak Cipta yang telah ditetapkan oleh penerbit dan pembekal. Pengguna perlu mematuhi syarat-syarat perjanjian tersebut dan Akta Hak Cipta.



  10. Kursus Kemahiran Maklumat

    Kursus Kemahiran Maklumat mengajar mahasiswa baru tentang penggunaan sistem IT perpustakaan dan ia merupakan subjek wajib yang membawa 1 mata kredit. Selain menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat, kemahiran yang diterapkan lebih tertumpu kepada pembelajaran dan penyelidikan. Kursus ini dijalankan selama 14 minggu, meliputi kelas, latihan , ujian dan projek serta peperiksaan akhir. Pemarkahan adalah berdasarkan penilaian berterusan dan peperiksaan akhir. Pelajar perlu lulus kedua-dua penilaian tersebut dan keputusan akhir adalah didalam bentuk LULUS (Gred S) atau GAGAL (Gred U).



  11. Sesi Kemahiran Maklumat

    Sesi Kemahiran Maklumat ditawarkan kepada semua pelajar pasca-siswazah. Kesemua sesi dijalankan pada setiap Rabu dan Jumaat. Setiap sesi dijalankan selama 2 ˝ jam. Di dalam setiap sesi, pelajar akan diperkenalkan dengan pelbagai jenis bahan yang terdapat di perpustakaan, seperti buku, jurnal, tesis dan dissertasi, kertas persidangan, mikrofom serta pelbagai strategi pencarian maklumat daripada koleksi perpustakaan. Pelajar juga akan diperkenalkan kepada pangkalan data atas talian yang dilanggani oleh perpustakaan. Selain itu, perpustakaan juga menawarkan sesi latihan ‘End Note’. Untuk menyertai sesi-sesi tersebut, pelajar boleh mendaftar melalui laman web Perpustakaan UM (http://www.diglib.um.edu.my/interaktif/).



  12. Komputer

    Makmal komputer telah disediakan di Perpustakaan Utama oleh Pusat Teknologi Maklumat dan kemudahan tersebut telah ditawarkan kepada pelajar sejak Julai 1997. Kesemua komputer yang disediakan untuk kegunaan pelajar telah dilengkapi dengan kemudahan internet. Penggunaan Makmal Komputer hanya dibuka mengikut waktu operasi Perpustakaan.



  13. Makmal Komputer OKU

    Makmal computer S mempunyai 6 komputer dan ianya di khaskan untuk kegunaan pelajar kelainan upaya.



  14. Perkhidmatan Wi-Fi

    Perpustakaan menyediakan akses kepada ‘internet tanpa wayar’ atau Wi-Fi kepada pengguna yang menggunakan komputer riba atau perkakasan yang dapat mengakses isyarat Wi-Fi. Pendaftaran boleh dilakukan di Pusat Teknologi Maklumat, Universiti Malaya. Borang pendaftaran boleh dimuat turun dari (http://ict.um.edu.my/wireless.html).



  15. Ruangan Membaca

    Setiap aras mempunyai dewan bacaan untuk kegunaan para pengguna. Pengguna perpustakaan di nasihatkan untuk meletak bahan yang telah di gunakan di atas troli yang di sediakan. Jangan menyusun semula bahan yang telah di gunakan di stak kerana penyusunan yang tidak tepat akan menyulitkan untuk mencari bahan tersebut.



  16. Perkhidmatan Pengambilan buku

    Ianya terdapat di Bahagian belakang perpustakaan. Pelajar boleh memulangkan buku di situ dan kutipan di buat dua kali sehari.



  17. Microfilem/microfiche

    Koleksi ini merangkumi suratkhabar, koleksi sejarah dan tesis dalam bentuk mikrofilem atau mikrofic. Pengguna hanya di benarkan menggunakan koleksi ini di perpustakaan sahaja.



  18. Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan

    Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan ialah perkhidmatan yang disediakan di Perpustakaan Utama dan perpustakaan cawangan kepada semua universiti tempatan,agensi kerajaan dan separa kerajaan. Tiada yuran dikenakan oleh perpustakaan. Walau bagaimanapun, pihak peminjam perlu bertanggungjawab menggantikan buku yang hilang atau tidak dipulangkan kepada pihak perpustakaan.Perkhidmatan ini juga ditawarkan kepada pelajar tahun akhir ijazah dasar, pelajar pasca siswazah dan kakitangan akademik Universiti Malaya. Bahan yang tiada di dalam koleksi perpustakaan UM boleh dipohon daripada perpustakaan lain melalui Bahagian Perkhidmatan Pelanggan. Bayaran perkhidmatan yang dikenakan apabila peminjaman dibuat daripada National University of Singapore atau British library dibiayai oleh pemohon.



  19. Perkhidmatan Penghantaran Dokumen

    Perpustakaan Universiti Malaya menawarkan perkhidmatan pembekalan dokumen sekiranya artikel jurnal yang hendak dirujuk tiada dalam koleksi perpustakaan. Artikel jurnal ini akan diperolehi melalui sumber luaran. Perkhidmatan ini ditawarkan kepada kakitangan akademik, pelajar pasca siswazah dan pelajar tahun akhir ijazah dasar.



  20. Koleksi Simpanan Akademik

    Bahan yang disyorkan oleh tenaga akademik akan di tempatkan di koleksi ini. Bahan dari koleksi ini boleh pinjam selama 3 hari. Seorang hanya di benarkan meminjam satu bahan pada satu masa.



  21. Koleksi Bacaan Bebas

    Novel dan bacaan ringan dalam Bahasa Inggers dan Bahasa Melayu terdapat dalam koleksi ini. Seorang pengguna boleh meminjam dua buku selama satu minggu.



  22. Koleksi Thesis

    Lokasi koleksi ini adalah di aras dua, Bilik Minda. Bahan dari koleksi ini tidak boleh di pinjam keluar. Ianya hanya untuk rujukan dalaman sahaja dan tidak boleh fotokopi.



  23. Ruangan Digital

    Unit ini terdiri daripada 20 buah komputers ‘thin client’. Ia terletak di aras 1 Perpustakaan Utama, Universiti Malaya.



  24. Mesin Pinjaman Layan Diri

    Empat buah mesin layan diri di tempatkan di perpustakaan utama. Pengguna boleh meminjam buku dengan mengimbas kad matrik mereka. Resit yang memaparkan tarikh tamat tempoh pinjaman akan di keluarkan dan para pengguna harus menyimpan resit tersebut untuk rujukan mereka.



  25. Sudut Informasi

    Ianya terletak di aras satu. Terdapat sebuah TV plasma dengan dua saluran ASTRO yang dilanggan iaitu CNN dan Discovery Channel. Terdapat 10 tajuk surat khabar untuk bacaan para pengguna antaranya Utusan Malaysia, The Star, New Straits Times, Berita Harian, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Daily, Malaysia Nanban dan Tamil Nesan.



  26. Koleksi Media

    Bahan berbentuk Audio-Visual yang terdapat di dalam koleksi perpustakaan



  27. Suratkhabar

    Perpustakaan Utama Universiti Malaya melanggani akhbar-akhbar berikut:

    1. Malay mail
    2. Kosmo
    3. Utusan Malaysia
    4. Berita Harian
    5. News Straits Times
    6. The Star
    7. Nanyang Siang Pau
    8. Sin Chew Daily
    9. Malaysia Nanban
    10. Tamil Nesan



  28. Tempahan Buku di Kaunter

    Buku yang telah di pinjam oleh pengguna lain boleh di tempah di kaunter perkhidmatan. Untuh menempah buku pengguna perlu membawa kad matrik, no panggilan buku yang ingin di tempah dan tajuk buku tersebut. Pengguna akan di beritahu melalui emel jika buku yang di tempah itu di pulangkan. Pengguna perlu meminjam buku yang di tempah dalam masa se minggu dari tarikh emel di terima jika tidak buku tersebut akan di berikan kepada pemohon berikutnya atau akan di hantar ke stak buku.



  29. Lawatan Perpustakaan (Pelawat/Pelajar)

    Perpustakaan Universiti Malaya menerima lawatan individu atau berkumpulan dari dalam negera atau luar negara. Sesiapa yang berminat boleh tulis kepada Ketua Pustakawan untuk memohon keizinan.

s.gif (49 bytes)


SHARE WITH OTHERS

s.gif (49 bytes)

s.gif (49 bytes)