| Pustakawan Anda |
  Haslina Husain Librarian +609-712 6491 hhaslina@um.edu.my |
  Saifuddin Otheman Assistant Library Officer +609-712 6491 i1saiful@um.edu.my |
Waktu Pembukaan
 |
| Sabtu |
Tutup -- |
 |
| Ahad |
Buka 8:30 AM -- 10:15 PM |
 |
| Isnin hingga Rabu |
Buka 8:30 AM -- 10:15 PM |
 |
| Khamis |
Buka 8:30 AM -- 3:30 PM |
 |
| Juma`at |
Tutup -- |
 |

| Kenali Perpustakaan Anda |
|
|
 |

 Sesi Kemahiran Maklumat Untuk Ijazah Tinggi Strategi pencarian maklumat yang efektif. |
| Jadual | Daftar |
|

| Pautan Cepat |
|
|
 |
|
Kenali Perpustakaan Anda Perpustakaan Pengajian Islam, Nilam Puri, Kelantan
Perpustakaan ini pada asalnya adalah Perpustakaan Yayasaan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) dan telah diambil alih oleh Universiti Malaya pada tahun 1981. Ia dikenali dengan Perpustakaan Al-Malik Faisal sempena dengan sumbangan derma oleh Al-Malik Faisal, Raja Arab Saudi dan merupakan salah satu perpustakaan yang mempunyai koleksi yang terbaik dalam bidang pengajian Islam di Negara ini.
Jumlah bahan di Perpustakaan ini lebih kurang 35,700 naskhah. Kebanyakkannya adalah dalam bahasa Arab (58%), manakala yang lainnya dalam bahasa Malaysia dan Inggeris. Bahan-bahan disusun mengikut sistem pengkelasan Library of Congress.


- Koleksi Terbuka
Koleksi terbuka terdiri daripada buku teks dan monograf dalam pelbagai bidang yang diperolehi untuk menyokong keperluan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan Universiti Malaya. Semua staf akademik, pelajar Universiti Malaya dan pengguna luar yang berdaftar sebagai ahli Perpustakaan Universiti Malaya (PUM) dibenarkan meminjam buku dari koleksi ini.
- Koleksi Teras Akademik
Koleksi ini merupakan koleksi buku teks utama yang dicadangkan oleh Pensyarah sebagai bahan bacaan pelajar. Pengguna boleh meminjam satu (1) bahan pada sesuatu masa selama tiga (3) hari sahaja.
- Koleksi Rujukan
Terdiri daripada semua bahan rujukan seperti ensiklopedia, kamus, laporan, perangkaan, buku panduan, bibliografi, indeks dan lain-lain.
- Koleksi Terhad
Bahan-bahan yang disimpan dalam koleksi ini adalah terdiri dari buku-buku nadir dan buku-buku yang diharamkan oleh kerajaan Malaysia. Buku-buku ini hanya boleh dirujuk dengan kebenaran khas sahaja.
- Koleksi Jurnal
Koleksi Jurnal yang ada di Perpustakaan diperolehi secara langganan atau hadiah. Pinjaman bahan hanya diberikan kepada Pensyarah atau Pengajar sahaja.
- Koleksi Keratan Akhbar
Keratan akhbar berkaitan dengan Islam dan negeri Kelantan daripada akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia dan Utusan Melayu sehingga tahun 1996 turut dikumpul dan boleh didapati di Perpustakaan.
- Koleksi Kertas Persidangan
Kertas kerja persidangan berkaitan Islam yang dibentangkan dalam seminar, simposium, muzakarah dan kursus dikumpulkan dan diindeks untuk rujukan pengguna. Koleksi ini ditempatkan di Koleksi Terbuka dan Koleksi Teras Akademik.

- Perkhidmatan Komputer
Perpustakaan juga menyediakan komputer. Terdapat lebih kurang 50 buah komputer untuk membolehkan pengguna mengakses sumber elektronik dan melayari Internet. Sebuah makmal komputer yang dilengkapi dengan perkakasan dan perisian khusus untuk pelajar juga turut disediakan.
- Akses WiFi
Pusat Teknologi Maklumat menyediakan akses kepada “internet tanpa wayar” atau WiFi kepada pengguna yang menggunakan komputer riba atau peralatan yang mampu menerima isyarat WiFi di Perpustakaan.
- Fotokopi
Perkhidmatan fotokopi turut disediakan untuk kemudahan pelajar.
- Perkhidmatan Pengguna
Perkhidmatan rujukan dan bimbingan pengguna akan diberikan oleh Perpustakaan. Permintaan boleh dibuat melalui surat, telefon, atau datang sendiri ke Perpustakaan. Perpustakaan juga bersedia untuk memberi nasihat dan bimbingan kepada pengguna mengenai penggunaan bahan-bahan di Perpustakaan.
|