Perpustakaan Pergigian ditubuhkan sejak tahun 1986 dan lokasi awalnya terletak di aras bawah, Blok D Fakulti Pergigian. Perpustakaan Pergigian merupakan perpustakaan khusus yang menyediakan bahan keperluan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan tenaga pegajar dan para pelajar Falkulti Pergigian.
Perpustakaan Pergigian memenuhi keperluan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan staf akademik, pelajar ijazah dasar tinggi dan penyelidik dari Fakulti Pergigian. Koleksi Perpustakaan Pergigian terdiri daripada buku teks, monograf, jurnal, tesis dan kertas kerja persidangan dalam bidang pergigian. Perpustakaan juga menyediakan buku dan jurnal dalam bentuk elektronik yang boleh diakses melalui Pangkalan Data Elektronik.
Maklumat mengenai Koleksi Pergigian boleh diakses melaui Pendeta WebPAC (Online Public Access Catalogue). Sejajar dengan amalan antarabangsa, Perpustakaan Pergigian menggunakan Skim Pengkelasan National Library of Medicine (NLM) dan Medical Subject Headings (MeSH) dalam kerja pengkatalogan dan pengkelasan.