| Pustakawan Anda |
  Norishah Abdul Rahman Liaison librarian
norishah_ar@um.edu.my |
Waktu Pembukaan
 |
| Isnin hingga Jumaat |
Buka 8:30 AM -- 5:30 PM |
 |
| Solat Jumaat |
Tutup 12:30 PM -- 2:45 PM |
 |
| Sabtu |
Tutup -- |
 |
| Ahad |
Tutup -- |
 |

| Kenali Perpustakaan Anda |
|
|
 |

 Sesi Kemahiran Maklumat Untuk Ijazah Tinggi Strategi pencarian maklumat yang efektif. |
| Jadual | Daftar |
|

| Pautan Cepat |
|
|
 |
|
-
Perpustakaan Bahasa dan Linguistik telah dimasukkan kedalam sistem Perpustakaan Universiti Malaya pada Oktober 1986. Perpustakaan menyediakan perkhidmatan kepada semua kakitangan akademik dan pelajar di Fakulti Bahasa dan Linguistik. Perkhidmatan rujukan dan pinjaman (terhad) juga terbuka kepada semua ahli Perpustakaan di Universiti Malaya yang lain.

Perpustakaan Bahasa dan Linguistikterletak di tingkat bawah, bangunan baru Fakulti Bahasa dan Linguistik (berhampiran kafeteria).

Perpustakaan Bahasa dan Linguistik mempunyai jumlah koleksi terkini sebanyak 17, 510 judul yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dalam bidanag bahasa dan linguistic. Koleksi Perpustakaan adalah dalam pelbagai bahasa (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Jepun, Bahasa Arab, Bahasa Korea, dll.) dan merangkumi pelbagai jenis bahan seperti buku teks, monograf, bahan audio visual (kaset, CD, DVD), koleksi rujukan (kamus, ensiklopedia, handbook, dll.), dan koleksi teras akademik (tanda merah). Perpustakaan juga mempunyai koleksi disertasi hasil penyelidikan oleh pelajar Fakulti Bahasa dan Linguistik.

Perkhidmatan Kaunter
Perpustakaan Bahasa dan Linguistik menyediakan perkhidmatan kaunter untuk urusan peminjaman, pemulangan bahan, dan pembayaran denda. Hak pinjaman dan denda adalah sama seperti yang diguna pakai di Perpustakaan Utama. Namun begitu, hak pinjaman dihadkan kepada 2 bahan sahaja untuk pengguna yang berdaftar dengan Perpustakaan Universiti Malaya tetapi bukan dari Fakulti Bahasa dan Linguistik. Pengguna juga boleh mengemukakan pertanyaan berkaitan Perpustakaan kepada staf di kaunter perkhidmatan.
Perkhidmatan Fotokopi
Perkhidmatan fotokopi layan diri disediaka kepada pengguna. Kad fotokopi boleh dibeli dan diisi semula di kaunter perkhidmatan.
Komputer untuk Mengakses Pendeta WebPAC
Perpustakaan menyediakan 2 buah computer unutk pengguna mengakses Pendeta WebPAc bagi tujuan
o Mencari bahan dalam koleksi Perpustakaan
o Menyemak/memperbaharui pinjaman dan menyemak akaun pengguna
Ruang Bacaan
Kemudahan untuk ruang bacaan boleh memuatkan sehingga 25 pengguna pada satu masa.
|