Versi: Bahasa Malaysia | English Peta Laman | Mengenai Laman | Laman Teks Sahaja
Login Portal interaktif untuk sumber elektronik dan perkhidmatan on-line Masukkan barkod perpustakaan anda dan tekan butang Login.   Bahasa Malaysia English | Bantuan
Jurnal, buku elektronik, perkhidmatan on-line
Cari lebih 1 juta rekod bahan bercetak: Tutorial | Pembaharuan Pinjaman
Lawati Blog Perpustakaan!
Pustakawan Anda

Azrizal Ismail
Head
+603-7967 4783
azrizal@um.edu.my

Ranita Hisham
Librarian
+603-7967 4782
ranita@um.edu.my

Nasaruddin Saravanan Ramu
Librarian
+603-7967 4961
cir_saravan@um.edu.my

Waktu Pembukaan
Isnin hingga Jumaat Buka
8:00 AM -- 10:00 PM
Solat Jumaat Buka
--
Sabtu Buka
9:00 AM -- 4:00 PM
Ahad Buka
9:00 AM -- 4:00 PM
Kenali Perpustakaan Anda

Sesi Kemahiran Maklumat
Untuk Ijazah Tinggi

Strategi pencarian maklumat yang efektif.
Jadual | Daftar
Pautan Cepat

Kenali Perpustakaan AndaPerpustakaan Perubatan T.J. Danaraj

  1. Pengenalan

    Ditubuhkan pada tahun 1963, Perpustakaan Perubatan T. J. Danaraj memenuhi keperluan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan staf akademik, pelajar ijazah dasar tinggi dan penyelidik dari Fakulti Perubatan dan juga pelajar jurusan kejururawatan, pengamal perubatan dan staf profesional dari Pusat Perubatan Universiti Malaya yang juga merupakan hospital pengajaran dan pembelajaran Universiti Malaya. Perpustakaan ini dinamakan sebagai Perpustakaan Perubatan T. J Danaraj pada 5hb Mei 2005 sebagai peringatan kepada Tan Sri Datuk Emeritus Professor T. J. Danaraj yang merupakan Dekan yang pertama dan bertanggungjawab menubuhkan Fakulti Perubatan dan Hospital Universiti (yang kini dikenali sebagai Pusat Perubatan Universiti Malaya).



  2. Lokasi

    Perpustakaan Perubatan T. J Danaraj terletak di antara Bilik Kuliah Gaharu dan Kenanga di Tingkat 1, Blok Pra Klinikal, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya.



  3. Koleksi

    Koleksi Perpustakaan Perubatan T. J Danaraj terdiri daripada buku teks, monograf, jurnal, tesis dan kertas kerja persidangan dalam bidang perubatan dan sains kesihatan. Perpustakaan juga menyediakan buku dan jurnal dalam bentuk elektronik yang boleh diakses melalui Pangkalan Data Elektronik.

    Maklumat mengenai Koleksi Perubatan boleh diakses melalui Pendeta WebPAC (Online Public Access Catalogue). Sejajar dengan amalan antarabangsa, Perpustakaan Perubatan menggunakan Skim Pengkelasan National Library of Medicine (NLM) dan Medical Subject Headings (MeSH) dalam kerja pengkatalogan dan pengkelasan.

s.gif (49 bytes)