Versi: Bahasa Malaysia | English
Home | Pengenalan | Koleksi | Katalog Pendeta | Portal interaktif | digital@UM | Tanya Kami! | Soalan Lazim | Blog
Untuk Pelawat | Umum | Keahlian | Sirkulasi | Rujukan | Sumber Elektronik | Pembekalan Dokumen | Pinjaman Antara Perpustakaan | Fotokopi/Salinan Mikrofilem | Malaysiana | Perolehan Bahan | Komputer | Capaian Internet | Karel & Bilik Perbincangan | Perkhidmatan kepada Pengguna Kurang Upaya | Koleksi Teras Akademik |
Pustakawan Penghubung bekerjasama dengan pensyarah dan tenaga akademik di Akademi/Fakulti/Jabatan/Pusat bagi membantu mengenalpasti sumber rujukan dan bacaan yang diperlukan untuk pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.
Sebelum anda membuat cadangan untuk pembelian buku baru, sila semak Pendeta WebPAC. Buku tersebut mungkin telah ada di Perpustakaan, atau mungkin dalam proses pesanan. Majukan cadangan anda kepada Pustakawan Penghubung untuk Akademi/Fakulti/Jabatan/Pusat anda.
Pada dasarnya, cadangan dan pemilihan perolehan bahan untuk koleksi Perpustakaan hanya dibuat oleh pihak Akademi/Fakulti/Jabatan/Pusat dan Pustakawan. Walaupun begitu, sesiapa jua boleh mengemukakan cadangan pembelian, namun ianya tertakluk kepada pengesahan dan persetujuan pihak Akademi/Fakulti/Jabatan/Pusat atau Pustakawan.
Agak sukar untuk menjangkakan tempoh sebenar perolehan sesuatu bahan. Tajuk yang diperlukan dengan segera dan terbitan tempatan mungkin boleh diperolehi dalam tempoh satu hingga 2 minggu; yang lainnya mungkin mengambil masa sehingga 6 bulan terutama sekali terbitan luar negara.
Untuk makluman, sebaik buku diperolehi, ia juga akan mengambil masa sekurang-kurangnya satu minggu untuk proses pengkatalogan sebelum ianya boleh dipinjam.
Anda boleh menyemak Pendeta WebPAC bagi mengetahui status pesanan anda.
Senarai buku yang baru diperolehi dan siap dikatalog dipaparkan melalui What's New dalam Pendeta WebPAC.
Rujuk kepada prosedur dan isikan borang yang boleh didapati dari laman utama Perpustakaan UM.
Ya, anda boleh membuat tuntutan pembelian. Buku tersebut mesti diserahkan kepada Perpustakaan terlebih dahulu. Tuntutan pembelian boleh dibuat melalui Bahagian Perolehan Perpustakaan dengan disertakan bersama buku dan resit pembelian yang sah.
Semak Pendeta WebPAC bagi memastikan tajuk tersebut tiada dalam koleksi Perpustakaan. Ambil maklum juga, kebanyakan jurnal telah ada dalam format elektronik yang boleh diakses melalui Interaktif Web Portal.
Permohonan langganan jurnal memerlukan proses penilaian yang teliti kerana setelah dilanggan ia memerlukan komitmen yang berterusan dari sumber peruntukan kewangan Perpustakaan.
Sebahagian besar dari koleksi sedia ada merupakan keperluan kurikulum tahun kebelakangan. Bagi membina koleksi yang relevan dengan keperluan semasa kami memerlukan kerjasama dan kepakaran warga fakulti bagi membantu Perpustakaan mengenalpasti bidang yang memerlukan penambahbaikan, serta apa yang perlu dikeluarkan dari koleksi. Sila kongsi kepakaran anda dengan Pustakawan Penghubung yang berkenaan dan bersama-sama kita mengekalkan seterusnya membangunkan koleksi yang menyokong pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di Universiti.
Perpustakaan berusaha menggantikan buku yang hilang atau rosak - bergantung kepada peruntukan Perpustakaan dan ketersediaan buku berkenaan di pasaran (kebanyakan daripadanya telah habis cetak)
Perpustakaan mengalu-alukan hadiah buku, jurnal dan lain-lain bahan dalam pelbagai format, termasuk hadiah berupa wang untuk pembelian bahan Perpustakaan. Pustakawan akan membuat penilaian ke atas bahan yang dihadiahkan sebelum bahan dimasukkan ke dalam koleksi Perpustakaan. Sesiapa yang berhasrat memberi hadiah boleh berhubung dengan Ketua, Bahagian Perolehan Perpustakaan.
Semak Pendeta WebPAC. Sekiranya tiada, hubungi Bahagian Perolehan Perpustakaan.
Hakcipta Terpelihara © 2006 Perpustakaan Universiti Malaya; Contact Us