Perpustakaan Universiti Malaya


Versi: Bahasa Malaysia | English

Laman Penuh

Home | Pengenalan | Koleksi | Katalog Pendeta | Portal interaktif | digital@UM | Tanya Kami! | Soalan Lazim | Blog

Perkhidmatan Perpustakaan

Koleksi | Pinjaman | Kemudahan | Keahlian | Keahlian Luar | Perkhidmatan untuk Pengguna Kurang Upaya | Hubungi Kami | Sesi Kemahiran Maklumat | Perkhidmatan Akademik dan Penyelidikan | Pinjaman Antara Perpustakaan | Pembekalan Dokumen | Borang Perkhidmatan |

Pinjaman

Hak Pinjaman | Peraturan Pinjaman | Pembaharuan | Reservations | Pencarian Buku | Denda | Bayaran untuk Buku yang Tidak Dipulangkan |

Buku rak terbuka boleh dipinjam oleh semua ahli berdaftar tertakluk kepada polisi sirkulasi perpustakaan. Bahan rujukan, jurnal dan koleksi terhad pula, hanya boleh dirujuk di dalam perpustakaan. Kaunter Perkhidmatan menyediakan perkhidmatan pinjaman, pemulangan, pembaharuan dan tempahan bahan.

  1. Hak Pinjaman

    Buku rak terbuka, Koleksi Teras Akademik dan buku bacaan bebas dipinjam di kaunter perkhidmatan.

    Kategori Keahlian Buku Rak Terbuka Koleksi Teras Akademik Koleksi Bacaan Bebas Denda Lewat Pemulangan
    Staf
    Staf Akademik (sepenuh masa/sementara) 50 bahan/90 hari 1 bahan/3 hari 2 bahan / 14 hari

    20 sen satu hari (buku rak terbuka)

    50 sen satu hari (buku koleksi teras akademik)

    Staf Akademik (kontrak) 25 bahan/90 hari -do- -do- -do-
    Pegawai UM 25 bahan/90 hari -do- -do- -do-
    Staf sokongan am 4 bahan/14 hari -do- -do- -do-
    Pelajar
    Ijazah dasar 10 bahan/14 hari 1 bahan/3 hari 2 bahan/14 hari

    10 sen satu hari (buku rak terbuka)

    50 sen satu jam (buku koleksi teras akademik)

    Ijazah dasar (tahun akhir) 15 bahan/14 hari -do -do- -do-
    Diploma 10 bahan/14 hari -do- -do- -do-
    Pasca Siswazah 20 bahan/30 hari -do- -do- -do-
    Ahli luar
    Alumni/Non-Alumni 2 atau 4 bahan/14 hari 1 bahan / 3 hari 2 bahan/ 14 hari

    20 sen satu hari (buku rak terbuka)

    50 sen satu jam (buku koleksi teras akademik)

    Professor Emeritus (UM) 20 bahan/90 hari -do- -do- -do-
    Pesara UM 4 bahan/30 hari -do- -do- -do-

     




  2. Peraturan Pinjaman

    1. Ahli yang ingin membuat pinjaman bahan harus menunjukkan kad kampus atau kad keahlian di kaunter perkhidmatan atau menggunakan mesin layan diri.
    2. Peminjam tidak dibenarkan meminjam atau memperbaharui peminjaman mewakili ahli perpustakaan yang lain.



  3. Pembaharuan

    Semua koleksi rak terbuka kecuali Koleksi Bacaan Bebas dan Koleksi Teras Akademik boleh diperbaharui sebanyak 3 kali kecuali bahan telah ditempah oleh pengguna lain.

    1. Lihat Tutorial; Pembaharuan Pinjaman Bahan Online; Terma dan Syarat


  4. Reservations

    Buku yang telah dipinjam oleh orang lain boleh ditempah. Tempahan boleh dilakukan di Kaunter Perkhidmatan.



  5. Pencarian Buku

    Sekiranya buku yang dicari tidak ditemui dan tidak dipinjam oleh orang lain, bantuan daripada staf di Meja Rujukan boleh diperolehi. Untuk mendapatkan perkhidmatan ini, kad berwarna hijau perlu diisi. Carian buku akan dilakukan dalam masa 3 hari. Pengguna akan dimaklumkan apabila bahan telah ditemui atau carian telah dilakukan.



  6. Denda

    Seperti yang dipaparkan di atas.



  7. Bayaran untuk Buku yang Tidak Dipulangkan

    Bahan yang hilang atau tidak dipulangkan pada tarikh luput keahlian merupakan tanggungjawab ahli. Ahli dikehendaki mengganti atau menggandakan harga penggantian (berdasarkan harga pasaran terkini bagi buku yang hilang) atau membayar RM50 caj minima bagi buku tempatan dan RM120 bagi buku terbitan luar negara atau mana-mana yang lebih tinggi.


Hakcipta Terpelihara © 2006 Perpustakaan Universiti Malaya; Contact Us