Versi: Bahasa Malaysia | English
Home | Pengenalan | Koleksi | Katalog Pendeta | Portal interaktif | digital@UM | Tanya Kami! | Soalan Lazim | Blog
Koleksi | Pinjaman | Kemudahan | Keahlian | Keahlian Luar | Perkhidmatan untuk Pengguna Kurang Upaya | Hubungi Kami | Sesi Kemahiran Maklumat | Perkhidmatan Akademik dan Penyelidikan | Pinjaman Antara Perpustakaan | Pembekalan Dokumen | Borang Perkhidmatan |
Pengenalan | Koleksi Terbuka / Umum | Rujukan | Jurnal | Tesis dan Disertasi | Teras Akademik | Bacaan Bebas | Pangkalan Data Elektronik |
Koleksi perpustakaan meliputi buku, jurnal, kertas persidangan, mikrofom, bahan pandang dengar, tesis dan disertasi. Selain daripada itu, PUM juga melanggan kepada sumber elektronik seperti jurnal elektronik, pangkalan data, indeks nukilan dan perisian pengurusan bibliografik.
Koleksi terbuka terdiri daripada buku teks dan monograf dalam pelbagai bidang yang diperolehi untuk menyokong keperluan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan Universiti Malaya. Semua staf akademik, pelajar Universiti Malaya dan pengguna luar yang berdaftar sebagai ahli Perpustakaan Universiti Malaya dibenarkan meminjam buku dari koleksi ini.
Bahan rujukan seperti kamus, ensiklopedia, buku panduan, direktori dan panduan penyelidikan disediakan untuk kegunaan pengguna perpustakaan.
PUM melanggan kepada kebanyakan jurnal utama dalam pelbagai bidang pengajian. Jurnal terbitan terkini dan jurnal keluaran terdahulu (jurnal berjilid) disimpan di lokasi yang berasingan.
Koleksi ini mengandungi tesis dan disertasi pelajar pasca ijazah Universiti Malaya serta judul tesis terpilih daripada National University of Singapore. Koleksi ini merupakan koleksi tertutup.
Koleksi ini merupakan koleksi buku teks utama yang dicadangkan oleh pensyarah sebagai bahan bacaan pelajar. Pengguna boleh meminjam satu (1) bahan pada sesuatu masa selama satu (1) hari sahaja.
Koleksi Bacaan Bebas terdiri daripada bahan bacaan ringan. Ia dibangunkan untuk memastikan pelajar mendapat akses kepada bahan bacaan yang tidak berorientasikan akademik. Koleksi ini terdiri daripada novel, biografi, persembahan, puisi dan sajak, serta bahan berkenaan sastera, hobi dan isu semasa.
Perpustakaan melanggan pangkalan data utama dalam pelbagai bidang pengajian termasuk jurnal elektronik, buku elektronik dan indeks nukilan. Pangkalan data ini boleh diakses menerusi laman Portal Web interaktif Perpustakaan http://www.diglib.um.edu.my/interaktif. Senarai pangkalan data yang dilanggan boleh didapatkan di sini.
Hakcipta Terpelihara © 2006 Perpustakaan Universiti Malaya; Contact Us